Rekabentuk dan pembangunan Shenyang J-6

Walaupun MiG-19 memiliki jangka hayat yang singkat dalam perkhidmatan Soviet, China menghargai kelincahan pesawat ini, keupayaan membeloknya dan persenjataan meriam yang berkuasa. China mengeluarkan pesawat ini untuk kegunaan mereka antara tahun 1958 hingga 1981. Sehingga akhir tahun 2005, J-6 telah dibersarakan dalam misi tempur aktif. Meskipun begitu, pesawat asas MiG-19 masih digunakan oleh tiga buah negara. Versi serangan darat buatan China iaitu Q-5 masih diterbangkan oleh beberapa buah negara.

J-6 telah dianggap "boleh dilupuskan" dan bertujuan untuk digunakan hanya 100 jam penerbangan (atau kira-kira 100 serangan udara sebelum dilupuskan. Tentera Udara Pakistan sering kali dapat memanjangkannya sehingga 130 jam, dengan penyelenggaraan yang teliti.[1]

Sehingga hari ini, J-6 masih digunakan oleh Korea Utara, Myanmar (Burma) dan Sudan.

Muncung F-6, perhatikan meriam 30 mm pada pangkal sayap dan fiuslaj.Sebuah J-6 milik Tentera Udara Pakistan.Sebuah J-6C Tentera Udara Albania.